Pembukaan Putrajaya
PUTRAJAYA
Sejarah Putrajaya bermula dari sebuah tempat atau kampung terpencil dengan nama Prang Besar. Kampung ini berdekatan dengan Jenderam Hilir yang sekarang bersebelahan dengan Putrajaya. Prang Besar berasal dari nama seorang ketua kampung (orang asli) yang sanggup berperang dengan orang cina bintang tiga yang mahu merampas tanah orang asli bagi membina sebuah kem. Tentera bintang tiga telah membuat hura hara bagi mencapai hasratnya untuk mendapatkan tanah ini. Malangnya, tentera bintang tiga telah tertumpas kerana mereka tidak tahu yang sebenarnya ketua kampung ini seorang tok batin yang mempunyai ilmu harimau tanah hitam. Ilmu tersebut sangat kuat yang boleh menjatuhkan musuh dengan mudah. Meraka dikalahkan hanya menggunakan parang serta ilmu tersebut. Lalu tok batin mengusir tentera bintang tiga ini dari kampungnya. Begitulah serba sedikit mengenai asal dimana sejarah Putrajaya tercipta ditambah pula dengan maksud disebalik nama Putrajaya. 'Putra' dipilih sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nama ini telah ditambah dengan perkataan 'jaya' yang bermaksud 'kecemerlangan'. Maka terjadilah Putrajaya yang anda ketahui sekarang.
Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi setanding dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.
Untuk mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya telah dibina untuk menyingkirkan sedimen dan membersihkan aliran permukaan yang tercemar sebelum ia memasuki tasik. Sesuai dengan lokasinya di tengah-tengah bandaraya, Wetland Putrajaya menjadi titik penting dalam membawa rakyat untuk bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi, pendidikan dan penyelidikan.
Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 bilion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.
Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Elemen utama dalam pembentukan Putrajaya adalah untuk menyediakan sistem pengangkutan yang lebih berkesan dengan menggunakan rekaan dan teknologi terkini. Objektif kepada strategi-pengangkutan ini adalah :
- untuk menyediakan penjagaan sekeliling yang baik iaitu bebas dari pencemaran bunyi dan udara
- untuk memaksimakan penggunaan pengangkutan “bebas-pencemaran” untuk menyediakan hirarki jaringan jalan raya yang yang baik dan sistemetik sesuai dengan keadaan pada masa hadapan.
- untuk memberi keutamaan kepada penggunaan pengangkutan awam dan sekaligus mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.
- untuk mempromosikan konsep “Park-and-ride” dan menggalakkan pemandu untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan-kawasan tertentu dan menggunakan pengangkutan awam yang disediakan ke kawasan yang hendak dituju.
Comments
Post a Comment